JASA Kota Damansara
Peta Kawasan DUN N.39 Kota Damansara
Sekiranya anda menetap di dalam kawasan DUN N.39 Kota Damansara, anda dialu-alukan untuk berkongsi sebarang pandangan, kritikan atau rungutan terhadap apa yang berlaku di tempat anda, meliputi apa jua isu dan permasalahan. Hantarkan penulisan anda ke : jasakd@gmail.com
19 Ogos 2012
25 Jun 2012
Bekas kubur Orang Asli
SINAR HARIAN - ISNIN 25 JUN 2012
Bekas kubur Orang Asli
KOTA DAMANSARA - Jalan Persiaran Kenangan Seksyen 6 yang sering berlaku kemalangan misteri adalah tapak bekas tanah perkuburan Orang Asli.
Malah penduduk yang tinggal di flat berhampiran jalan tersebut mengakui kawasan itu agak 'keras' rentetan kemalangan dan perkara aneh yang menimpa sewaktu mula-mula menduduki kawasan berkenaan.
Timbalan Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Flat Gugusan Cempaka 7, Jamaludin Yahya berkata, kawasan itu dahulunya merupakan kawasan hutan tebal Bukit Lanjan.
"Ketika kawasan ini mula diduduki pada 1999, banyak gangguan dan perkara aneh menimpa penduduk menyebabkan program sembahyang hajat bacaan Yasin kerap dianjurkan penduduk," katanya.
Menurutnya, gangguan dipercayai berpunca daripada amukan makhluk halus yang marah kawasan hutan tempat tinggal mereka diteroka untuk pembangunan.
"Kemuncaknya pada 2009, penduduk di sini dengan bantuan mereka yang berpengalaman cuba menyelesaikan masalah ini melalui kaedah memindahkan 'makhluk' ini ke lokasi lain selepas kejadian rasuk dilapor kerap berlaku.
"Keadaan itu reda seketika dan sekarang 'kelibat' itu mungkin muncul kembali kerana kawasan ini kawasan mereka dan bukan semua penduduk mengetahui kisah ini sehinggalah masing-masing merasai pengalaman diganggu atau terserempak," katanya.
Kelmarin, seorang penarik kereta nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terbabas di Jalan Persiaran Kenangan Seksyen 6 selepas dia dikatakan cuba mengelak lembaga misteri yang tiba-tiba muncul dan melintas jalan.
27 Mac 2012
Penceroboh panjat dinding ala Spiderman
![]() |
Suspek memanjat dinding ini untuk masuk melalui tingkap atas. Gambar kecil: Bekas tapak kaki dipercayai milik suspek. |
KOTA DAMANSARA – Rumah seorang pesara polis berpangkat Sub Inspektor nyaris dipecah masuk, Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa dikatakan tidur sebelum tiba-tiba terjaga selepas terdengar bunyi seperti tin jatuh.
Dia kemudiannya terdengar bunyi tingkap kaca rumah dibuka.
“Saya keluar dan terus ke ruang tamu rumah untuk memastikan punca bunyi itu dan ternampak kepala manusia seolah-olah sedang menjenguk di tingkap, saya yang mula menyedari individu berkenaan mahu memecah masuk rumah ini terus menyergahnya,” katanya kepada Sinar Harian.
Terkejut dengan jeritan mangsa, suspek bertindak terjun dan melarikan diri menggunakan sebuah kereta pelbagai guna (MPV) berwarna putih.
Berdasarkan pemerhatian awal, suspek yang bertubuh kecil mengambil kesempatan masuk ke dalam rumah berkenaan melalui tingkap yang sengaja direnggangkan untuk pengudaraan dalam rumah.
“Kalau difikirkan secara logik, mustahil tingkap setinggi lebih tiga meter boleh dipanjat menerusi dinding,” katanya.
Jelas beliau, pemeriksaan lanjut kemudiannya mendapati, terdapat bekas tapak kaki dipercayai milik individu berkenaan yang mengukuhkan lagi dakwaan bahawa suspek memanjat dinding, lagak seperti Spiderman. - SINAR HARIAN
Vandalisme punca kerja tertangguh
![]() |
Salah seorang pekerja penyelenggaraan menunjukkan tangki air di Blok A yang bocor. |
KOTA DAMANSARA - Masalah vandalisme selain kecurian membabitkan alat ganti menjadi punca lif di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara gagal dibaik pulih mengikut jangka masa ditetapkan.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Datuk Mohamad Roslan Sakiman berkata, kehilangan kabel utama lif baru yang sedang dibaik pulih menyebabkan usaha berkenaan terbantut.
“MBPJ telah memberikan tender kerja penyelenggaraan kepada Syarikat MS Elevators Engineering Sdn Bhd, namun ianya tergendala berikutan kabel utama di setiap lif yang sedang dibaik pulih dicuri,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Beliau berkata, sebanyak RM973,393 telah diluluskan untuk membaik pulih kerosakan lif membabitkan 12 lif di empat blok, manakala RM197,600 lagi untuk membeli pam air baru.
Bajet berkenaan katanya, diluluskan perbendaharaan Selangor susulan daripada lawatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Oktober tahun lalu.
Dalam perkembangan sama, Roslan turut meluahkan rasa kesal akan kejadian vandalisme dan kecurian yang berlaku di PPR berkenaan yang menyebabkan Kerajaan Negeri terpaksa berbelanja besar untuk menyelenggara semua kemudahan di kawasan perumahan itu.
“Kita harap penyewa menghargai dan menjaga kemudahan di PPR berkenaan agar ianya terus dapat digunakan,” katanya.
Difahamkan, kecurian yang berlaku turut menyebabkan kerugian yang terpaksa ditanggung mencecah angka jutaan ringgit.
Untuk rekod, sebanyak 957 rumah disewa daripada 1,152 unit rumah yang ada di blok berkenaan.
Roslan berkata, untuk mengatasi masalah kecurian kabel dan komponen lif, MBPJ kini dalam proses untuk memasang pintu besi di bilik motor lif bagi mengelak kecurian berulang sebelum meneruskan kerja baik pulih yang dijangka siap dalam tempoh sebulan setengah lagi.
“Jangan salahkan kami jika kerja baik pulih ini tergendala, tetapi sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) yang prihatin, kita sudah buat sehabis daya untuk memastikan penyewa mendapat keselesaan dan kemudahan terbaik.
“Tanggungan hutang sewa tertunggak di PPR Kota Damansara ini sahaja sudah mencecah RM2 juta, belum ditambah dengan lain-lain kos termasuk kegagalan untuk membayar bil air hingga menyebabkan tanggungan hutang kepada Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd) agak tinggi,” katanya.
Sebelum ini Sinar Harian menyiarkan rintihan penduduk di PPR berkenaan yang kecewa apabila janji yang diberikan Kerajaan Negeri untuk membaik pulih perumahan itu dalam tempoh tiga bulan, gagal.
Tinjauan yang dibuat ke PPR berkenaan bersama pegawai MBPJ, semalam mendapati, hampir semua kabel yang mempunyai saduran perak dicuri dari bilik janakuasa elektrik.
Apa yang pasti, pencuri sanggup menanggung risiko untuk memotong wayar berkenaan yang menjadi punca bekalan elektrik terputus.
Tinjauan di beberapa unit kosong juga mendapati, rata-rata kawasan itu sudah dibersihkan, namun keadaan kembali kotor selepas ada pihak yang melonggokkan sampah baru.
Lebih membahayakan penduduk apabila tangki air utama yang terletak di tingkat atas blok juga menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab.
Hampir semua besi pengikat tangki dicuri menyebabkan berlaku kebocoran dan hanya menunggu masa untuk pecah. - SINAR HARIAN
E-Book: BR1M, BB1M dan SARA 1 Malaysia
Jabatan Penerangan telah menerbitkan e-book "BR1M, BB1M dan SARA 1 Malaysia" yang boleh dimuat turun di sini: KLIK SINI
Walaupun permohonan bagi BR1M telah ditutup dan baucer BB1M telahpun diedarkan kepada pelajar, pembaca boleh memahami proses BR1M dan BB1M melalui keterangan mudah dan ringkas melalui e-book ini.
Selain itu, 3.8 juta isi rumah yang layak menerima BR1M, boleh juga mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan satu lagi usaha kerajaan membantu golongan yang berpendapatan rendah melalui Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia).
Dalam perkembangan berkaitan, tempoh sah laku Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) yang sepatutnya tamat pada 31 Mac ini dilanjutkan sehingga 30 April ini.
Tempoh lanjutan itu memberi peluang kepada pelajar yang telah diberi BB1M untuk menunaikannya bagi membeli buku dan bukan untuk mana-mana pihak mengemukakan permohonan tambahan atau baru.
Baucar ini hanya layak untuk pelajar yang menyambung pelajaran sebelum 31 Mac sahaja dan tidak layak kepada yang masuk pada April.
Sehubungan itu, pihak Kementerian Pelajaran Tinggi telah mengarahkan semua kedai buku yang menyertai program ini untuk menerima BB1M daripada pelajar walaupun sah laku yang dicetak pada setiap keping baucar hanya sehingga 31 Mac depan.
Para pelajar juga perlu segera menunaikan baucar masing-masing kerana penggunaan BB1M selepas 30 April tidak akan diterima.
Berdasarkan rekod kementerian, sebanyak 1.2 juta pelajar telah menerima BB1M yang dianggarkan bernilai RM255 juta.
15 Mac 2012
Lokasi Penyerahan BR1M DUN Kota Damansara
View Sek. Keb. Jalan U3, Subang Perdana in a larger map
Majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) DUN Kota Damansara akan diadakan selama dua hari iaitu pada 17 dan 18 Mac 2012 di Sekolah Kebangsaan Jalan U3, Subang Perdana.
Penerima yang layak dinasihatkan datang mengikut masa yang yang telah ditetapkan oleh pihak Penyelaras DUN Kota Damansara melalui surat yang telah dihantar:
Sesi Pagi: 8.00 pagi ~ 12.00 tengahari
Sesi Petang : 1.30 petang ~ 5.00 petang
Ini bertujuan untuk mengelakkan kesesakan di lokasi penyerahan.
Harap maklum.
14 Mac 2012
Tips Hidup Dengan Potongan Bekalan Air Selangor
Macam-macam yang boleh berlaku dalam tempoh dua hari. Mampukah tanki air rumah menampung keperluan harian? Renung-renungkan tips berikut:
1. Paling penting adalah sehari sebelum pemotongan air. Pastikan anda menggunakan air sebaik mungkin dan biarkan tangki rumah diisi 8 jam tanpa gangguan sebelum pemotongan dijangka berlaku. Kalau nak mandi wajib, ini lah masanya.
2. Anda tidak akan sedar pemotongan berlaku sekiranya bergantung 100% pada air tangki sehinggalah terlambat. Sentiasa periksa air dari sumber utama untuk mengenal pasti waktu sebenar pemotongan berlaku. Sambil tuh, cuci la kereta anda:)
3. Bezakan antara sumber air utama dan sumber air dari tangki. Kebanyakan tandas dan bilik mandi, dan mungkin salah satu paip di dapur datang dari tangki. Jangan bazirkan air tangki.
4. Kalau kencing, rugi flush. Tapi bau hancing, macam mana? Senang aja, minum air kosong yang bersih sahaja (sebaiknya air ditapis atau air minuman berbotol). Air kencing anda akan bersih dan jernih, jadi kurang berbau dan menjengkelkan. Jadi boleh biar je. LOL
5. Berak sikit atau banyak, tetap kena habiskan air flush yang sama - jadi pastikan setiap kali anda ke tandas, ianya betul-betul BERBALOI. Bagaimana caranya? Kalau belum makan tapi terasa nak pergi, tahan dulu.
6. Jangan jadikan potongan air alasan untuk nafas berbau. Tapi tidak semestinya harus bazirkan memberus gigi. Daripada berkali-kali kumur air, apa kata korang kacau je ubat gigi dengan segelas air, kemudian kumur baik-baik (atau lebih bijak, pergi beli je Listerine).
7. Kenapa mandi? Sebab taknak badan berbau je. Oleh itu, anda boleh dapatkan kesan yang sama dengan menggunakan minyak wangi - mahal atau murah sebenarnya takda sapa boleh bezakan. Brand-brand mahal menipu kita je...
Tahukah anda dengan hanya mengurangkan 1-2 minit setiap kali anda shower, anda boleh mengurangkan 150 gelen sebulan!
8. Cuci pinggan mangkuk banyak pakai air - apatah lagi di tangan macam kami. Berkali-kali bilas sebab tak yakin! Oleh itu, tidak salah pergi ke 7-Eleven, beli pinggan dan gelas kertas tak lebih RM 15 satu set. Kalau anda tak sempat habiskan tapi air dah datang semula, gunakan pinggan kertas untuk main frisbee.
9. Sekarang musim hujan. Mandi hujan, tadah air hujan, kencing di taman sewaktu hujan. Kami cadangkan hanya awek yang chun sahaja mencuba mandi hujan.
10. Akhir sekali, pergi je ke hotel RM 60 semalam yang berlambak di Selangor sekarang ni di kawasan yang tidak kena potongan air. Enjoy honeymoon tengah minggu sementara tunggu air datang balik.
Bila air dah datang, gunakan macam anda selalu guna. Ye, sebab di Malaysia, air takkan berhenti mengalir. Maklumlah, orang-orang kita memang berair.
Sumber: Blog Kencang
Langgan:
Catatan (Atom)