Peta Kawasan DUN N.39 Kota Damansara

Sekiranya anda menetap di dalam kawasan DUN N.39 Kota Damansara, anda dialu-alukan untuk berkongsi sebarang pandangan, kritikan atau rungutan terhadap apa yang berlaku di tempat anda, meliputi apa jua isu dan permasalahan. Hantarkan penulisan anda ke : jasakd@gmail.com

25 Jun 2012

Bekas kubur Orang Asli

SINAR HARIAN - ISNIN 25 JUN 2012

Bekas kubur Orang Asli

KOTA DAMANSARA - Jalan Persiaran Kenangan Seksyen 6 yang sering berlaku kemalangan misteri adalah tapak bekas tanah perkuburan Orang Asli.

Malah penduduk yang tinggal di flat berhampiran jalan tersebut mengakui kawasan itu agak 'keras' rentetan kemalangan dan perkara aneh yang menimpa sewaktu mula-mula menduduki kawasan berkenaan.

Timbalan Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Flat Gugusan Cempaka 7, Jamaludin Yahya berkata, kawasan itu dahulunya merupakan kawasan hutan tebal Bukit Lanjan.

"Ketika kawasan ini mula diduduki pada 1999, banyak gangguan dan perkara aneh menimpa penduduk menyebabkan program sembahyang hajat bacaan Yasin kerap dianjurkan penduduk," katanya.

Menurutnya, gangguan dipercayai berpunca daripada amukan makhluk halus yang marah kawasan hutan tempat tinggal mereka diteroka untuk pembangunan.

"Kemuncaknya pada 2009, penduduk di sini dengan bantuan mereka yang berpengalaman cuba menyelesaikan masalah ini melalui kaedah memindahkan 'makhluk' ini ke lokasi lain selepas kejadian rasuk dilapor kerap berlaku.

"Keadaan itu reda seketika dan sekarang 'kelibat' itu mungkin muncul kembali kerana kawasan ini kawasan mereka dan bukan semua penduduk mengetahui kisah ini sehinggalah masing-masing merasai pengalaman diganggu atau terserempak," katanya.

Kelmarin, seorang penarik kereta nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terbabas di Jalan Persiaran Kenangan Seksyen 6 selepas dia dikatakan cuba mengelak lembaga misteri yang tiba-tiba muncul dan melintas jalan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan