Peta Kawasan DUN N.39 Kota Damansara

Sekiranya anda menetap di dalam kawasan DUN N.39 Kota Damansara, anda dialu-alukan untuk berkongsi sebarang pandangan, kritikan atau rungutan terhadap apa yang berlaku di tempat anda, meliputi apa jua isu dan permasalahan. Hantarkan penulisan anda ke : jasakd@gmail.com

27 Mac 2012

E-Book: BR1M, BB1M dan SARA 1 Malaysia

Jabatan Penerangan telah menerbitkan e-book "BR1M, BB1M dan SARA 1 Malaysia" yang boleh dimuat turun di sini: KLIK SINI

Walaupun permohonan bagi BR1M telah ditutup dan baucer BB1M telahpun diedarkan kepada pelajar, pembaca boleh memahami proses BR1M dan BB1M melalui keterangan mudah dan ringkas melalui e-book ini.

Selain itu, 3.8 juta isi rumah yang layak menerima BR1M, boleh juga mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan satu lagi usaha kerajaan membantu golongan yang berpendapatan rendah melalui Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia).

Dalam perkembangan berkaitan, tempoh sah laku Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) yang sepatutnya tamat pada 31 Mac ini dilanjutkan sehingga 30 April ini.

Tempoh lanjutan itu memberi peluang kepada pelajar yang telah diberi BB1M untuk menunaikannya bagi membeli buku dan bukan untuk mana-mana pihak mengemukakan permohonan tambahan atau baru.

Baucar ini hanya layak untuk pelajar yang menyambung pelajaran sebelum 31 Mac sahaja dan tidak layak kepada yang masuk pada April.

Sehubungan itu, pihak Kementerian Pelajaran Tinggi telah mengarahkan semua kedai buku yang menyertai program ini untuk menerima BB1M daripada pelajar walaupun sah laku yang dicetak pada setiap keping baucar hanya sehingga 31 Mac depan.

Para pelajar juga perlu segera menunaikan baucar masing-masing kerana penggunaan BB1M selepas 30 April tidak akan diterima.

Berdasarkan rekod kementerian, sebanyak 1.2 juta pelajar telah menerima BB1M yang dianggarkan bernilai RM255 juta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan